Kembali

Cara-Cara untuk dapatkan maklumat perubahan terkini dengan Moovit

Pada masa yang bergolak ini, Moovit sedang berusaha sepanjang masa untuk memastikan anda, pengguna kami, dapat maklumat pengangkutan awam terkini. Kami mempunyai kaedah-kaedah dan sistem yang kami guna untuk memastikan jadual waktu kami adalah paling terkini dan memcerminkan semua perubahan-perubahan dinamik yang sedang berlaku di seluruh dunia. 

Untuk komunikasi yang penting, pastikan tetapan notifikasi anda telah diberi kebenaran kepada Moovit supaya anda menerima maklumat perubahan terkini. 

Kami telah mengambil langkah berhati-hati supaya kami tidak membanjiri anda dengan terlalu banyak notifikasi, anda boleh mendapatkan maklumat terkini dengan fungsi lain aplikasi. Apabila anda lancarkan aplikasi, lihatlah pada bar mesej yang terletak di bawah skrin, atau secara “pop-up”.  

Moovit juga mengumpul dan menebitkan makluman perkhidmatan di pelbagai lokasi di dalam aplikasi. Semua Makluman Perkhidmatan di bandar anda boleh didapati dengan klik pada “Makluman Agensi” di menu tepi. Jika anda sedang cari maklumat untuk mana-mana laluan, Makluman Perkhidmatan juga dipaparkan mengikut laluan.

Ikon pada belah kanan di laluan menyatakan bahawa laluan tersebut mempunyai Makluman Perkhidmatan aktif. Tap pada laluan dengan Makluman Perkhidmatan akan mamaparkan maklumat laluan dan juga makluman perkhidmatan. (Jika laluan tersebut adalah laluan yang anda menggunakan secara kerap, anda boleh melanggan notifikasi makluman perkhidmatan masa hadapan.)

 

Anda juga boleh membantu komuniti anda dengan mengemas kini maklumat pengangkutan awam, sertai komuniti kami yang kini mempunyai melebihi 500,000 ahli sukarelawan Moovit di seluruh dunia

Sebelumnya