Ketahui bilakah bas anda akan tiba di hentian anda semasa anda menunggu adalah elemen penting di perjalanan anda. Kami memberi masa ketibaan nyata (ditunjuk dengan warna hijau) di beratus-ratusan bandar di rantau dunia, dengan data daripada perkakasan GPS yang telah dipasang di dalam bas. Dan tidak tertinggal adalah faktor-faktor keadaan trafik telah dimasuki dalam pengiraan untuk mendapatkan masa ketibaan nyata. Walaubagaimanapun, kami menerima pelbagai maklumbalas anda terutamanya dengan tunjukkan masa ketibaan adalah tidak memcukupi dan anda ingin tahu lokasi nyata bas di peta. Kami telah mendengar maklumbalas anda! Kini anda boleh semak lokasi bas nyata di peta untuk merancang perjalanan anda dengan lebih berkesan. Anda cuma perlu pergi ke skrin Informasi Laluan atau Panduan Halatuju, dan lihatlah ikon bas anda sedang bergerak ke hentian anda.
Di Skrin Butiran Laluan
Disini anda boleh cari lokasi bas di skrin hentian-hentian laluan dan di peta. Untuk lihat menggunakan peta, tap pada ikon peta di sebelah atas kanan (ataupun slide kebawah)
Di Skrin Panduan Halatuju
Selepas anda pilih perjalanan anda, tap kepada “Panduan Halatuju” untuk dapatkan panduan langkah-demi-langkah ke destinasi anda, anda boleh mengikuti langkah perjalanan anda di skrin “Panduan Halatuju”.
Untuk makluman, ini hanya berfungsi dengan laluan yang mempunyai masa ketibaan nyata.